Monday, February 24, 2014

Perasmian Tapak Rekreasi SETA

Pada 13 Januari 2014, SMK SETA telah menjemput Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk merasmikan Tapak Rekreasi SETA.







Sunday, February 23, 2014

Program Lestari

Tong Kitar Semula dibekalkan untuk setiap kelas bagi menggalakkan program kitar semula di dalam kelas

Stesen Baja Kompos dibina bagi membolehkan daun-daun kering diurai

Taman Mini Babylon merupakan tapak tanaman herba

Hasil Roselle yang diperoleh daripada Tapak Tanaman Roselle

Tuesday, February 18, 2014

Karnival Lestari

Pada 23 oktober 2013 telah diaakan Karnival Lestari di Smk SETA yang melibatkan 9 buah sekolah daerah JB, Pontian, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Pasir Gudang.Selain itu terdapat beberapa Jabatan kerajaan dan Pertubuhan NGO juga dijemput untuk membuat pameran yang berkaitan lestari. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK Lokman Hakim, Kota Tinggi, SMK Ayer Baloi, Pontian, SMK Yong Peng Batu Pahat, SMK Taman Daya Pasir Gudang, SMK Usman Awang Johor Bahru,  dan Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru. Jabatan dan Pertubuhan NGO yang membuat pameran adalah Johor Rehabilitation  Organisazation (JARO), J biotech, Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) dan perbadanan Pengurusan Sisa pepejal  dan Pembersihan Awam (PPSPPA). Pengisian program dalam karnival tersebut ialah ceramah, bengkel membuat Mud ball dan sukaneka.



Selamat Datang!

Selamat Datang ke Blog LESTARI - SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH, JOHOR BAHRU

Thursday, July 28, 2011

4 sungai paling teruk tercemar

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

GURU-GURU bersama pelajar sekolah menanam pokok pada majlis Pelancaran Karnival Sungaiku Hidupku di SMK Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 27 Julai - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor mengenal pasti empat batang sungai di negeri ini yang paling teruk tercemar dan rendah kualiti airnya.

Timbalan Pengarah JPS Johor, Mahyan Esa berkata, usaha untuk merawat dan membersihkan sungai-sungai tersebut kini sedang berjalan tetapi mengambil masa untuk pulih.

“Empat batang sungai berkenaan ialah Sungai Skudai, Tebrau, Tukang Batu dan Air Baloi kini berada pada tahap empat iaitu dalam kategori kedua terburuk.

“JPS mempunyai lima tahap dan tahap kelima adalah yang paling buruk sekali. Sementara kira-kira 43 batang sungai lagi di Johor berada pada tahap satu hingga tiga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Sungaiku Hidupku di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah (SMK SETA) di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengetua SMK SETA, Sallina Hussain dan Pengarah Jabatan Lanskap Negeri Johor, Abu Bakar Mohamed Salleh.

Mahyan berkata, disebabkan kos merawatnya tinggi pihaknya menjalankan kempen kesedaran tentang penjagaan sungai dan kepentingan untuk mengekalkan kebersihannya.

Katanya, JPS turut merawat semua sungai-sungai yang tercemar di negeri ini dengan menggunakan bahan efektif mikroorganisma (EM) selain kegiatan gotong-royong membersihkannya yang mana EM berfungsi membunuh bakteria dalam kos murah dan berkesan membersihkan air tercemar.

“JPS memperoleh RM1 juta setahun daripada kerajaan pusat untuk kerja-kerja merawat dan membersihkan sungai-sungai di Johor termasuk menganjurkan kempen kesedaran,” ujarnya.

Sementara itu, Sallina berkata, JPS memperuntukkan lebih RM20,000 untuk membesarkan alur sungai di belakang sekolah itu untuk menjadi anak sungai bersempena karnival yang diadakan dengan tujuan melahirkan generasi muda cintakan alam sekitar bagi jangka masa panjang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0728&sec=Johor&pg=wj_01.htm#ixzz2tjjjN5We
© Utusan Melayu (M) Bhd